MENABUNG MENJAMIN KESELAMATAN ANDA

Tuesday, 29 September 2015

DYSLEXIA

Sejak Lily bersekolah , aku selalu mengikuti perkembangan die. kalau ayahnya.. suka ckp ala budak lagi. nanti dia pandai la.. die kecik lagi..
tapi tidak bagi aku kerana aku dah berjumpa dengan ramai kanak-kanak yang sebaya dengan lily tapi semuanya boleh bercakap dengan jelas dan menyusun ayat dengan baik.
tapi tidak bagi lily. bila dia bercakap dia tidak boleh menyusun ayat dengan baik. kadang-kadang tulisan huruf pun ada yg terbalik.
semalam aku belek2 di fb dan terbaca tentang ciri-ciri dyslexia.. ciri2 tu sedikit ada pada lily. tapi aku harapkan lily normal mcm biasa. menurut cikgunya di sekolah dia cepat juga belajar cuma di sekolah cikgu belum ajar membaca. jadi lily mmg xtau mengeja lagi. walaupun aku sudah ajar sikit-sikit di rumah.
disini aku sertakan ciri-ciri dyslexia yg perlu kita tau.

Antara simtom-simtom dyslexia adalah:
  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
  17. Sukar mengenal masa/ membaca jam
  18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
  19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  20. Sukar membaca secara fonik
  21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexicdengan lebih bagus.

No comments:

Post a Comment