MENABUNG MENJAMIN KESELAMATAN ANDA

Sunday, 28 December 2014

AEON

Kerja kosong Supermarket AEON


 AEON, pelanggan adalah aset yang tidak boleh ditukar ganti. AEON menyediakan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Kami bekerja keras, bersama-sama dan kekal fokus dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan kami. AEON tahu kepentingan membangunkan sumber manusia untuk perkembangan negara. 

Justeru itu peluang pekerjaan dibuka kepada warganegara Malaysia untuk mengisikekosongan jawatan di syarikat kami. Jawatan kosong yang ditawarkan ialah :- 

PELATIH PENGURUSAN - Seluruh Malaysia

Calon yang berjaya akan :
  • Diberi latihan intensif selama 6 bulan meliputi prinsip operasi dan pengurusan - untuk memajukan kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang industri peruncitan 
  • Mempelajari strategi perniagaan - memaparkan produk dan pengurusan barangan dagangan 
  • Memastikan kelancaran operasi harian

Tanggungjawab 
  • Menjadi ketua kumpulan berdasarkan operasi kedai
  • Merupakan pegawai atau penyelia kepada pusat membeli-belah
  • Penolong merchandiser di Bahagian Merchandising 
  • Berpeluang untuk dipilih bagi program latihan di Jepun 

Kelayakan



  • Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang dengan CGPA 2.70 dan ke atas
  • Berumur diantara 21 hingga 26 tahu
  • Mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin adalah suatu kelebihan
  • Mempunyai perwatakan ceria, peramah dan berasaskan pelanggan serta suka berjumpa pelanggan
  • Boleh bekerja syif termasuk hujung minggu dan cuti umum
  • Aggresif dan kemahiran interpersonal yang kuat
  • Boleh bertugas di mana-mana cawangan AEON yang diarahkan
Calon-calon yang berminat, bolehlah menghadiri sesi temuduga terbuka seperti berikut :-


Tarikh : 30 DISEMBER 2014 

Hari : SELASA 
Masa : 8.30 pagi  hingga 12.00 tengahari
Tempat : 3rd Floor,  AEON Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur Malaysia
Perhatian kepada calon yang akan menghadirit sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa dokumen yang berkaitan iaitu:- resume terperinci, asal & salinan sijil, salinan kad pengenalan & 2 keping gambar berukuran passport semasa menghadiri sesi temuduga nanti.

No comments:

Post a Comment