MENABUNG MENJAMIN KESELAMATAN ANDA

Monday, 5 January 2015

Cara langsaikan hutang dengan cepat..




Assalamualaikum..bagaimana hendak melangsaikan hutang dengan cepat???

sebelum ini saya ada terbaca dekat 1 blog..tp saya lupa apa blognya..

menurut beliau dalam masa 2-3 tahun dia bebas hutang..bagaimana??
ini bukan skim cepat kaya..hihi..

1st -  Jumlahkan gaji isi rumah - 10% untuk simpanan

senaraikan barang yang perlu ada dan hendak di bayar.
contoh kereta,rumah,ptptn,insurans,

bagi isi rumah berjumlah RM5000.. anda layak memakai kereta berharga rm600 sebulan..tetapi anda perlu hadkan nafsu anda iaitu anda hanya beli kereta bulanan rm300.

sama juga seperti keperluan yang lain..tetapi jangan sampai memudaratkan.

setiap kali anda hendak membayar hutang,seperti ptptn RM100. anda boleh naik kan sedikit demi sedikit contohnya tahun pertama anda bayar rm150, tahun berikutnya rm200 dan seterusnya.

 saya juga seperti hutang-hutang anda yang lain..

MARI KITA MENAHAN NAFSU ;)

*pada tahun ini azam saya ingin menghabiskan hutang2 yang berada di slip gaji..:)

semoga berjaya..


BAGAI MANA MERANCANG JANTINA ANAK??

Assalamualaikum.. haii dah lunch ke??

KITA HANYA MERANCANG, ALLAH JUGA YANG MENENTUKANNYA.. hanya sekadar usaha dan tawakal..jangan terlalu taksub..

hari ni saya nak bagi satu kalender yang pasti ramai dah tau atau ada juga yang belum tau??

kalender cina purba ni dah di buat kaji selidik keatas bulan persenyawaan,tarikh lahir ibu dan umur ibu bagi menentukan jantina anak.

chinese lunar

mari kita kira sama-sama

saya bagi contoh saya :

tarikh lahir saya : 3.3.1984

1 pertama saya mengandung september 2009
semasa saya mengandung umur saya adalah 25 tahun. tetapi anak lihat kalender pada umur 25 dan bulan sept, adalah lelaki.. tetapi anak saya adalah perempuan.kenapa??
ini kerana anda perlu melihat pada umur saya 26 kerana tarikh lahir saya telah melebihi 6 bulan. 3,4,5,6,7,8,9 (7bulan). jadi saya perlu kira dengan umur 26 dan bukan 25..

begitu lah sebaliknya jika tarikh lahir saya bulan 6 saya boleh lah dikira berumur 25..

macam mana? faham x?

selamat mencuba..:)

Sunday, 4 January 2015

BANK YANG BAGUS UNTUK BUAT PINJAMAN PERUMAHAN

assalamualaikum..wth..

hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya membuat pinjaman perumahan di bank.

Jika anda tiada rumah lagi, perkara ini tidak terlalu bermasalah bagi anda...tetapi jika anda sudah ada rumah dan hendak membuat pinjaman lagi, perkara-perkara berikut harus anda kenal pasti.

sebelum cari rumah,bawa slip gaji anda dan suami (jika berkahwin), pergi ke mana2 bank untuk semak kelayakan. anda perlu tahu bank tidak memberi pinjaman 100%.. ada bank yang memberi 90% dan 80%. anda harus tanya kepada bank tersebut.

jika anda bercadang hendak menjual rumah lama, anda perlulah sign SNP terlebih dahulu bersama pembeli, kerana jika gaji anda sedikit SNP akan menyelamatkan pinjaman anda. dan melayakan anda untuk mendapat pinjaman.

apa yang perlu anda berhati-hati adalah, ada bank yang tidak beri pinjaman kepada rumah lelong,rumah tanah rizab melayu. rumah yang melebihi 20 tahun. anda perlu tanya kepada bank2 tersebut.

sebelum membeli rumah anda perlu menyediakan duit 10% dari harga rumah,duit lawyer, duit penilaian dan duit2 lebihan yang lain..

antara bank yang sesuai jika rumah 2nd hand atau rumah lelong adalah :

BSN - sangat2 mudah
CIMB -  mudah juga tapi interest tinggi,
Maybank - lambat lulus
Hong leong - interest rendah, tapi lambat proses,mcm2 dokumen die nak. tp boleh apply.
BANK ISLAM - interest rendah, boleh pinjam tp banyak cikadak

inilah antara bank2 yang saya pergi yang bleh gagahi nak pinjam.. bank2 lain kebanyakanya banyak halangan..

Jika anda ada tips lagi boleh email kepada saya ashashira.matzaki@gmail.com

jumpa lagi.

Friday, 2 January 2015

CARA PROMOTE PERNIAGAAN


assalamualaikum.. yang ni saya copy paste dari seorang bisneswoman berjaya..jom kita ikut mana tau berkesan..:)

Cara Mempromosikan Bisnes Dulu-dulu

Sekarang ni, kalau nak bisnes, jalan lebih mudah dan senang. Banyak peluang untuk kita naik. Yang pandai tackle orang femes ke artis ke senang lah. Tup2 terus femes. Bukan macam 3-4 tahun yang dulu, punyalah susah nak kenalkan bisnes dekat orang ramai. Masa tu masih belum ramai lagi orang ada facebook, blog, apatah lagi instagram langsung tak wujud.

Jadi, bagaimana ya ika mempromosi radiusite sehingga dikenali ramai? Tanpa bantuan iklan facebook dan instagram? Mungkin tips dibawah dapat korang kaitkan dengan cara promosi sekarang.

1) Dulu ramai yang aktif berblog. Antara blogger yang dah lama ialah Irine Nadia, Cik Epal, Hanis Zalika, Nadia Bayu dan ramai lagi. Masa ni mereka dah femes. Ramai baca blog dorang. Jadinya, macam ika sendiri bagi tudung free dekat Nadia Bayu dan dia banyak tolong promote bisnes ika. Masa tu pun dah ada produk review kalau korang nak tahu. 

2) Kalau perasan lah dulu2 dekat blog ada kotak shoutbox untuk blogger2 ni berchatting. Jadinya ika memang dah target, satu hari mesti post iklan lebih dari 50 blog. Memang menjadi!

3)  Keluarkan produk baru lebih cepat dari pesaing anda. Pada permulaan bisnes, ika memang tak buat sendiri tudung. Boleh dikatakan kebanyakan stok diambil dari Jalan TAR. Jadinya ika lah penjual online yang selalu jadi yang terawal keluarkan corak2 baru dan design baru. Sanggup redah dari Putrajaya ke kl untuk ambil stok hari2.

4) Keluarkan produk baru yang lain dari lain. Haa yang nih lah ika buat dan cepat je nama Radiusite dikenali dan kalau keluar 100 helai tudung je sehari habis! Masa tu ika keluarkan Shawl Ribbon. Beli shawl kosong dan ribbon. Jahit je. Tapi hit dia memang meletup!

5) Rajin buka booth. Kalau dulu buka booth, sale tak lah meletup dibandingkan dengan buka booth masa sekarang. Yela, sekarang trend dah lain. Buka je booth, berduyun orang datang. Jadi, untuk yang baru nak mulakan bisnes, jangan malas untuk join booth ok?


Yang atas ni adalah cara promosi 3-4 tahun lepas. Kalau sekarang ni, apa pula ya yang kita boleh buat untuk promosi bisnes kita?


Cara Mempromosikan Bisnes Sekarang!

1) Instagram! Sesiapa yang buat bisnes dan takde instagram page, wajib buat sekarang jugak! sebab instagram antara no #1 free marketing platform untuk kita jual produk kita.

Bila dah ada page instagram, mulalah pening bagaimana nak tarik orang untuk follow ig kita ye tak? Ok ni antara tips untuk tarik orang follow ig kita:

- Buat review berbayar dengan instagrammer femes seperti Irine Nadia, AtitaHaris, DenaBahrin dan ramai lagii..

- Bagi produk percuma dekat kawan2 atau instagrammer femes jugak. Kadang2 orang2 femes ni malas layan kita kan? Bukan malas, kadang2 dorang ni bz dan kurang masa :p Jadinya, kita bagi kawan2 kita untuk try produk kita dan paksa dorang letak gambar dan tag Ig bisnes kita. Boleh la tolong tarik sorang dua follow ye tak? Takpelah sikit, kita bisnes dari bawah kan? Tak perlu terkejar2 sangat. Belajar dari bawah lagi bagus.

- Swap review dengan bisnes IG yang lain. FREE je. Bagaimana nak swap review? Pandai2 lah korang berbaik dengan IG bisnes lain, email atau komen dorang "Jom swap review nak?" haaa camtu je senang.

- HASHTAG. Hashtag sebenarnya sangat penting untuk bisnes kita. Macam radiusite buat hashtag #radiusitelover , ini untuk kumpulkan customer radiusite dan semakin ramai yang guna hashtag ni, semakin ramai yang aware dengan radiusite. paham tak? Maksudnya kita nak build brand dan customer awareness dengan penggunaan hashtag ni.

- Contest dan GAME! Kalau tengok radiusite, zawara, calaqisya seronok je nak bagi hadiah free dekat customer yang main Game Last Tag kan? Game ni sangaat berkesan untuk tarik new followers dimana, ramai sangat akan tag kekawan dorang, dan kekawan yang belum follow ig kita, automatik akan terfollow.

Kadang-kadang, ramai peniaga suka main jalan mudah dan tak baik. Antaranya ialah:-
- Spam komen dekat ig orang
- Guna hashtag orang untuk promote brand sendiri

Memang orang akan aware dengan bisnes mereka, tapi orang lebih kepada menyampah dan nak block je! Jadinya, be wise. Bezakan yang bagus dan yang tak bagus. Buat apa kita nak promote tapi orang menyampah. Ye tak?  

2) Facebook - Sekarang ni facebook adalah platform yang paling dibenci oleh ika. Sebab apa? Fb ni main tipu. Tak kiralah like 1 juta sekalipun, kalau korang tak bayar untuk iklan, makanya iklan korang tak dapat dilihat oleh orang ramai.

Jadi memang terpaksalah buat iklan, tapi disebabkan fb ni yahudi punya kan, tak sangguplah ika nak bayar dorang. huuuu

Walaupun begitu, korang jangan risau! Korang still boleh guna facebook untuk promote dekat kawan2. Buat album bisnes dan tag kawan. Jadi mereka tahu anda menjual barang. Inshaallah ada je customer akan melekat.

Ps: Iklan di fb nih sebenarnya memang ok tau kalau korang sanggup bayar. Lagi2 kalau buat iklan yang dekat tepi belah kanan tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, google je 'how to advertise your business with facebook ads'



3) Youtube. Youtube dari dulu sampai sekarang memang medium yang baik di mana jika korang rajin buat video, tak kiralah video apa, asalkan boleh viral. Ia boleh membantu bisnes anda untuk dikenali ramai.

Bukan saja untuk bisnes, tapi kalau korang ni comel, kelakar n berjaya promosi diri sendiri. Hah, memang boleh femes dan kaya lah lepas tu ;)

4) Traditional marketing - menggunakan media cetak dan elektronik. Jika anda rasa anda dah mampu, apa salahnya guna media cetak seperti majalah Nur, Hijabista untuk kuatkan lagi brand anda. Jangan kedekut untuk buat iklan, ia membantu untuk kukuhkan brand dan juga untuk tolak tax nanti. hehe..

Kalau iklan tv dan billboard harga jauh lebih mahal. Jadi korang sendiri kena kaji dan belajar, iklan manakah yang akan mendatangkan impak kepada bisnes. Contohnya, jika anda menjual tudung, banyak majalah yang boleh anda iklankan. Tetapi anda mestilah mengkaji samada majalah tu okay atau tak. Sebagai contoh, jika anda jual tudung, lepas tu buat iklan dekat majalah dapur. Memang sah2 lah salah n tak kena langsung kan? Ataupun, jual tudung tapi pilih majalah yang tak berapa diminati, jadinya kadang2 sia2 je iklan tu..


5) Join Booth!! - Booth memanggg kena join! kenapa? sebab bila anda join booth, penganjur booth akan promosi event ini! Dalam sedar tak sedar, bila ramai orang datang ke event tu, orang akan perasan brand dan bisnes korang!! Takpe kalau sale sikit atau takde orang datang beli barang! jangan sedih!! Tujuan utama ialahh nak orang aware dan kenal brand korang kan? Slow2 dulu. Tak perlu laju2 dan putus asa cepat.

Yang paling penting dalam apa jua bisnes, kita mesti rajin, rajin dan rajin! Jangan mudah putus asa, jangan asyik merungut dan komplen, jangan suka fikirkan rugi dan kena sentiasa tabah menghadapi kata2 nista orang ramai. Buktikan yang kita boleh walaupun mula dari bawah! Jangan cepat down dan stop bisnes. Inshaallah mungkin hari ini bukan hari kita, maybe tahun depan kita berjaya? Rezeki semuanya dari Allah. 

terima kasih.. kredit for http://ikaradiusite.blogspot.com/

Thursday, 1 January 2015

CELCOM

Kerja kosong Celcom

Justeru itu peluang pekerjaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong CELCOMJawatan kosong yang ditawarkan ialah :-

PEMANDU SYARIKAT (RM 1500-3000) - Shah Alam, Puchong & Seremban

Tanggungjawab
  • Menjadi pemandu kepada kakitangan syarikat seperti pegawai atasan dari rumah ke pejabat mesyuarat, latihan dan perjumpaan
  • Menjaga kenderaan sentiasa dalama keadaan baik
  • Menghulurkan bantuan kepada setiausaha syarikat dalam kerja harian

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

jawatan kosong majlis perbandaran subang jaya

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – 12 Januari 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut (Klik untuk maklumat lanjut):
emohon yang berminat mengisi jawatan kosong MPSJ perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun disini atau datang sendiri ke Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
Bil
Jawatan
Gred
Kekosongan
 
Tetap
Kontrak
A. GRED LANTIKAN
1.
Pustakawan
S41
1
-
2.
Juruukur Bahan
J41
1
-
3.
Pegawai Tadbir
N41
2
1
4.
Pegawai Undang - Undang
L41
-
1
5.
Pegawai Perancang Bandar & Desa
J41
-
1
6.
Penolong Pegawai Perancang Bandar
JA29
-
2
7.
Pembantu Penguatkuasa
N17
-
5
8.
Juruaudio Visual
N17
-
1
9.
Pemandu Kenderaan
H11
-
5
10.
Pembantu Operasi
N11
-
3
11.
Pembantu Awam
H11
-
13
12.
Pembantu Tadbir Kewangan
W17
1
-
13.
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
-
1
B. GRED KENAIKAN PANGKAT
1.
Pegawai Tadbir
N44
1
-
2.
Penolong Pegawai Senibina
JA36
1
-
3.
Penolong Pegawai Perancang Bandar
JA36
1
-
4.
Pembantu Penilaian
W26
1
-
5.
Pembantu Penilaian
W22
1
-
6.
Pembantu Kesihatan Awam
U26
1
-
7.
Pembantu Penguatkuasa
N26
2
-
8.
Pembantu Penguatkuasa
N22
2
-
9.
Pembantu Tadbir (P/O)
N22
1
-
10.
Pemandu Kenderaan
H14
5
-
11.
Pembantu Awam
H14
10
-
12.
Pembantu Operasi
N14
2

Maklumat lanjut jawatan kosong MPSJ 2015 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2015