KARNIVAL KARANGKRAF 2015 PADA 30 JANUARI - 1 FEBRUARI 2015
Karnival Karangkraf bakal kembali lagi tahun ini selama tiga hari, bermula daripada 30hb Januari sehingga 1hb Februari, 2015. Karnival yang memasuki edisi ketujuh penganjurannya ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat sehingga 80% pembelian produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian. Konsep pada kali ini dengan tagline “kami ada semuanya” pastinya akan memberikan sesuatu kepada para pengunjung yang rata-ratanya merupakan peminat setia produk-produk Karangkraf.
Bertempat di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk menghangatkan lagi karnival ini.
Antara aktiviti menarik yang menanti anda sepanjang karnival ini adalah
- Masakthon
- Bengkel Penulisan Thriller
- Demo Tudung
- sesi temu mesra bersama novelis dan penulis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari
- Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias serta Forum Bicara Cinta Anak Muda, penampilan istimewa pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014, Daqmie
- Temui mesra bersama 20 Finalis Dewi Remaja
- Kita juga bawakan bersama maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Doraemon, Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, dan super squad untuk para pengunjung beramah mesra bersama mereka
Kami juga telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti
- 2000 parkir percuma.
- Gerai jualan makanan dan minuman.
- Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
- Khidmat Bas ulang alik disediakan secara percuma di beberapa lokasi seperti Masjid Negeri Shah Alam, Dataran Automobil Seksyen 15 dan juga SACC.

No comments:
Post a Comment